Projek Take a Bag, Leave a Bag dilancar semula di Air Itam, dan kali ni ada video kempen kesedaran yang dibuat oleh pelajar INTI International College Penang. Tujuan dia, nak galak orang ramai amalkan gaya hidup lebih lestari.
ADUN Air Itam, Joseph Ng Soon Siang habaq, projek ni sediakan sudut khas untuk orang ambik beg guna semula secara percuma kalau depa tak bawa beg sendiri masa pi membeli-belah. Orang yang ada lebihan beg kat rumah pulak boleh sumbang untuk orang lain guna. Beliau cakap demikian masa melawat sudut tu di Sunshine Central, Air Itam, pagi tadi.
Menurut beliau, hampir setahun projek ni jalan dengan sokongan Penang Green Council (PGC), Kolej INTI, Clarivate, Sunshine dan komuniti setempat. Pada peringkat awal, lebih kurang 2,000 beg dikumpul, tapi habis diambik dalam masa sebulan ja. Ni tunjuk memang ada keperluan, cuma cabaran utama ialah pastikan beg yang diambik tu dipulangkan balik supaya konsep kongsi ni boleh diteruskan.
"Sudut ini sahaja tidak mencukupi, kita perlu meningkatkan kesedaran supaya orang ramai tahu bahawa mereka bukan sahaja boleh mengambil beg, tetapi juga boleh memulangkan atau menggantikannya dengan beg lain." kata Joseph Ng Soon Siang.
Beliau harap video dan kempen kesedaran ni bagi lebih ramai orang tau pasai inisiatif tu, sekali gus jayakan agenda Pulau Pinang yang lebih bersih dan hijau.