Isu kesihatan mental dalam kalangan belia makin membimbangkan, jadi pelancaran Mental Health First Aid (MHFA) Masterclass for Educators di Stonyhurst International School Penang bagi platform penting untuk latih guru kenal dan tangani masalah ni. Melancarkan program tu secara dalam talian baru-baru ni, Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo, cakap keperluan bina komuniti 'penyelamat pertama' di setiap sekolah ni memang mendesak.

Dia habaq Pulau Pinang sedang hadapi kenaikan kes bunuh diri belia yang membimbangkan — 564 kes direkod antara 2020 hingga 2025, purata dalam 110 kes setahun. Di peringkat kebangsaan pulak, kes bunuh diri naik dari 981 pada 2022 kepada 1,114 pada 2024, sebelum turun sikit ke 1,079 pada 2025 — tapi kata Jagdeep, angka tu masih tinggi membimbangkan.

"Behind every statistic lies a grieving family and a lost future. Students today face unprecedented pressures — academic demands, social media toxicity, and feelings of isolation in a hyper-connected world." kata Jagdeep.

Jagdeep habaq guru selalunya orang pertama nampak perubahan halus dalam kalangan pelajar — macam pelajar jadi senyap, mudah marah, prestasi merosot, atau tanda-tanda cedera diri. Dia cakap guru tak boleh diharap jadi pakar psikiatri, tapi depa boleh diperkasa lewat program macam MHFA Masterclass ni, hasil kerjasama Rotary Club of Georgetown dengan ICCHP Asia dan Stonyhurst International School Penang. Macam CPR stabilkan orang kena serangan jantung, MHFA bagi guru alat praktikal untuk nilai risiko bunuh diri, dengar tanpa menghukum, bagi sokongan dan maklumat, serta galakkan pelajar dapatkan bantuan profesional.

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam, yang mewakili Ahli Parlimen Gelugor Ramkarpal Singh dalam majlis tu, kata program ni bermakna sebab bantu guru kenal tanda awal masalah mental dalam kalangan pelajar. Petik Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, dia habaq kadar masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak umur lima hingga 15 tahun di Malaysia naik dari 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus pada 2023 — bermakna lebih kurang seorang dari enam kanak-kanak alami masalah ni.