Satu kisah yang menyentuh hati datang dari Pulau Pinang bila hasrat seorang wanita untuk derma organ selepas dia meninggal dunia berjaya ditunaikan dengan sokongan penuh keluarga, terutama ibu dia sendiri.
Dalam satu hantaran di Facebook, Hospital Pulau Pinang (HPP) habaq depa dah berjaya buat prosedur pendermaan sepasang buah pinggang. Kedua-dua buah pinggang tu diambik daripada seorang penderma yang meninggal dunia sebab ruptured intracranial aneurysm, iaitu pembuluh darah dalam otak yang pecah.
HPP cakap, wanita yang derma buah pinggang tu adalah pencari nafkah utama dalam keluarga dia.
"Di sebalik kehilangan yang amat berat, hasrat murni arwah yang pernah menyuarakan hasrat untuk menderma organ dan disokong sepenuhnya oleh ibunya, kini menjadi satu keputusan mulia yang telah dibuat semasa hayatnya," tulis HPP.
HPP bagi tau lagi, prosedur perolehan bilateral kidney ni adalah yang ketiga dijalankan kat hospital tu sepanjang tahun 2026. Cahaya hijau pun dinyalakan sebagai tanda penghargaan tertinggi buat penderma dan keluarga depa atas pengorbanan yang tak ternilai tu.
Ramai warga maya turun sampaikan ucapan takziah dan doa untuk arwah dan keluarga dia dalam ruangan komen hantaran tersebut.