St. John Ambulance of Malaysia (SJAM) Negeri Pulau Pinang berjaya cipta hatrik apabila kekal jadi Johan Kawad Kaki sempena Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri bagi Kategori Sektor Swasta. Kejayaan ni bukan ja pasai langkah yang seragam, tapi jadi bukti disiplin dan semangat berpasukan ratusan anggota dan kadet SJAM yang berlatih bersungguh-sungguh.

Dengan kejayaan tahun ni, SJAM Pulau Pinang dah menang tiga tahun berturut-turut selepas menang jugak pada 2024 dan 2025. Pasukan ni bawa balik hadiah wang tunai RM3,000 sekali dengan piala iringan dan piala pusingan.

Pemerintah Negeri SJAM Pulau Pinang, Dato' Seri Dr. Yee Thiam Sun, cakap kejayaan tu takdak senang, tapi hasil komitmen berterusan ramai pihak termasuk pegawai, jurulatih, anggota dewasa, kadet, sekolah dan ibu bapa.

"Untuk tahun ini, kita melibatkan seramai 291 anggota dan pegawai, terdiri daripada 25 pegawai, 26 anggota dewasa bekas pelajar, manakala selebihnya merupakan kadet dari sekolah."

kata Yee Thiam Sun. Katanya lagi, 15 buah sekolah ambik bahagian dalam perbarisan tahun ni, lain-lain lagi pasukan ambulans dan sukarelawan.

Timbalan Pemerintah Negeri, Karen Lim Jia Dih, habaq cabaran utama termasuk jaga kehadiran peserta yang datang dari lokasi berbeza dan urus jadual latihan supaya tak lawan dengan program sekolah. Kos pengangkutan dan kelengkapan pun jadi cabaran, tapi ibu bapa banyak tolong tanggung. Sarjan Mejar Negeri SJAM, Goh Kai Boon, pulak cakap kawad kaki ni bukan sekadar persembahan, tapi ajar kadet pasai disiplin, kerjasama dan semangat berpasukan. SJAM Pulau Pinang kata depa akan terus tingkatkan mutu latihan menuju 2027, termasuk buka ruang untuk pelajar sekolah rendah kalau keadaan mengizinkan.