Seorang guru yang dikaitkan dengan kes seorang murid perempuan berusia 11 tahun yang meninggal dunia lepas sertai larian sekolah, dah ditukar ke sekolah lain buat sementara, sambil siasatan lanjut pasai kejadian tu jalan lagi.

Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah habaq, pertukaran guru berkenaan dibuat lepas siasatan awal jalan, dan langkah tu jadi intervensi awal pihak jabatan. Perkara ni sekarang dah diserah kat Unit Integriti Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tindakan seterusnya.

"Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu dan memberikan ruang kepada pihak JPN dan KPM untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh," kata Jurucakap JPN Kedah.

Sumber dalaman bagi tau, Nur Qaira Alisha ada sejarah sakit jantung sejak kecik lagi, dan dia jatuh sakit lepas sertai pemilihan larian 80 meter pada 14 April lalu. Dia mula dapat rawatan pada 17 April, manakala aduan daripada pihak waris pulak dibuat pada 10 Mei.

Sebelum ni, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dah arah Unit Integriti KPM ambik tindakan lanjut pasai kes ni, ikut peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa. Beliau sekali dimaklumkan JPN Kedah pun dah buat siasatan pasai aduan yang dikemukakan keluarga mangsa.