Keluarga kepada seorang pegawai bomba kanan yang dilaporkan hilang lepas banjir kilat landa Nepal tak nak fikir benda buruk dulu, sebaliknya terus berharap dia dan ahli kumpulan lain selamat.
Mohd. Saiful Munir Mohd. Isa, 46, abang kepada Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Fakhrul Munir, 44, yang tinggal di Sik, cakap dia sekeluarga percaya banjir yang landa kawasan tu yang buat komunikasi terputus, sebab tu adiknya tak dapat dihubungi. Mohd. Fakhrul Munir tu Pegawai Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah.
"Kami mengambil sikap positif kerana kejadian tanah runtuh itu menyebabkan hubungan komunikasi terputus. Segala talian telekomunikasi dan pencawang turut runtuh serta lumpuh di sana," kata Mohd. Saiful Munir.
Katanya lagi, ibu depa pun belum dimaklumkan pasai apa-apa perkembangan negatif berhubung adiknya, sebab keluarga nak jaga harapan mangsa selamat dan cuma terputus hubungan akibat bencana tu ja. Fakhrul, anak ketiga daripada lima beradik, memang biasa pi Nepal sebab aktif mendaki dan pi ke sana tiga hingga lima kali setahun — malah pernah jadi jurupandu bagi kumpulan pendaki lain kat sana.
Selain Mohd. Fakhrul Munir, seorang lagi pegawai bomba yang turut dilaporkan hilang ialah Ketua Cawangan Kajian Operasi Pemadaman Kebakaran, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Mohd. Sani Harul. Depa berdua sebahagian daripada kumpulan 10 rakyat Malaysia yang tengah dalam perjalanan pi Everest Base Camp (EBC), guna jip ikut laluan Tibet, yang mula bertolak malam Isnin lepas.