Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dah bentang Bajet 2027 di Dewan Kenanga, Menara Bandaraya, Seberang Jaya. Datuk Bandar MBSP, Dato' Baderul Amin Abdul Hamid habaq bajet tu dirangka ikut keperluan dan aspirasi rakyat, bukan ja pasai pembangunan fizikal, tapi turut merangkumi transformasi digital dan penglibatan komuniti.

Soal selidik bajet dalam talian dibuat dari 1 Februari hingga 13 Mac 2026, dengan 4,110 responden mengambil bahagian. Sebanyak 400 cadangan dari penduduk Seberang Perai dan 47 cadangan dari Ahli Majlis diterima untuk tambah baik perkhidmatan MBSP.

"Ini menunjukkan bahawa penyediaan bajet bukan hanya melibatkan aspek kewangan tetapi turut memberi ruang kepada rakyat untuk menyuarakan keperluan dan keutamaan mereka," katanya.

MBSP cadang perbelanjaan RM461.08 juta untuk 2027, dengan anggaran hasil RM425.08 juta. Antara 10 keutamaan, pembangunan hijau dan persekitaran bersih dapat peruntukan paling besaq, RM202.25 juta, diikuti bandar berdaya tahan dan berdaya huni RM79.43 juta, dan persekitaran yang selamat RM51.65 juta. Untuk tampung kewangan, MBSP guna Kumpulan Wang Sumbangan RM118.2 juta, selain terima peruntukan RM7.21 juta dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.