Selain Nakhoda Nan Intan yang buka Batu Uban, ada lagi seoghang tokoh Minangkabau yang beghtapak di Pulau Pinang dengan izin Sultan Kedah, iaitu Dato' Jenatun, atau nama penuhnya Dato' Jenatun Ibn Raja Labu.

Beliau juga beghasal dari Pagar Ruyong, Sumatera Barat. Beghmula pada tahun 1749, Dato' Jenatun buka kawasan Gelugor. Kira-kira 40 hektar tanah dikurniakan kepada beliau oleh Sultan Kedah, iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II.

Sebagai tanda teghima kasih ataih kurniaan Sultan tu, Dato' Jenatun hadiahkan 10 naskhah Al-Quran tulisan tangan yang dibawaknya dari Pagar Ruyong. Hadiah tu bukan sikit, sebab Al-Quran tulisan tangan masa tu memang beghhaghga dan susah nak dapat.

Kisah Dato' Jenatun ni beghjalan seiring dengan Nakhoda Nan Intan, dua-dua pembuka awai Pulau Pinang yang beghtapak dengan izin Sultan Kedah. Depa ni bukti yang oghang Melayu dah lama beghusaha buka dan hidupkan tanah di pulau tu, jauh sebelum nama-nama lain masuk.