2 Disember 1943, Sultan Badlishah dipaksa tandatangan Triti MacMichael - satu peghjanjian yang jadi asas kepada rancangan British nak wujudkan Malayan Union, sistem yang boleh kurangkan kuasa ghaja-ghaja Melayu sampai tinggal simbolik ja. Rakyat Kedah bangkit menentang - perhimpunan raksasa pertama membantah Malayan Union tarik lebih 50,000 oghang ke Padang Court, Alor Setar.
Sultan Badlishah sendighi tak berdiam dighi. Baginda sumbang RM1,000 kepada Kongres Melayu Semenanjung yang diadakan 1 Mac 1946 - kongres yang akhirnya jadi asas penubuhan UMNO.
Tapi detik yang paling simbolik beghlaku 27 Julai 1946. Sultan Badlishah rasmikan Persidangan Agung UMNO ke-3 di Sekolah Inggeris Francis Light, Pulau Pinang. Dengan tangan baginda sendighi, Sultan kibarkan bendera UMNO buat pertama kali dalam sejaghah.
Yang buat detik ni lain daripada yang lain - tapak sekolah tu ialah tapak yang SAMA tempat Francis Light kibarkan Union Jack 160 tahun sebelumnya, tahun 1786, waktu British mula-mula ambik alih Pulau Pinang. Satu bendera penjajah dikibarkan di situ, satu lagi bendera perjuangan bangsa dikibarkan ghaja sendighi di tempat yang sama - selang satu setengah abad.
Sultan yang teghpaksa tandatangan peghjanjian tunduk kepada British tahun 1943, tiga tahun kemudian jadi oghang yang kibarkan bendera gerakan yang tumbangkan rancangan British tu sepenuhnya. Sejaghah kadang-kadang ulang tempat yang sama, untuk ceghita yang jauh beghbeza.