1 Januari 1957 — tarikh ni penting dalam sejaghah Pulau Pinang. Haghi tu, George Town dianugerahkan taghaf bandaqraya oleh Ratu Elizabeth II, jadi bandaqraya PERTAMA kat seluruh Tanah Melayu. Lapan bulan sebelum negagha kita merdeka, George Town dah pun bergelar bandaqraya — bukan sekadaq pekan ataupun bandaq biasa lagi.
Benda ni menaqik sebab George Town dapat taghaf ni SEBELUM Tanah Melayu merdeka lagi — waktu tu, British masih pegang tampuk pentadbiran, dan Pulau Pinang antagha Negeri-Negeri Selat yang dah lama jadi pelabuhan penting British kat rantau ni. Bila bandaq-bandaq lain kat Tanah Melayu masih pekan atau bandaq, George Town dah setaraf dengan bandaq-bandaq besaq dunia.
Status bandaqraya ni jadi permulaan kepada beberapa pencapaian George Town seterusnya. Lebih 50 taun kemudian, George Town — bersama Melaka — diiktiraf UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia taun 2008, sebab senibina dan sejaghah pelbagai budaya yang terkumpul kat situ sejak Francis Light bukak pelabuhan ni taun 1786.
Sampai haghi ni, George Town masih bangga dengan status bandaqraya pertama tu. Ia jadi bukti yang pulau kecik kat hujung utagha Tanah Melayu ni dah lama main peranan besaq — jauh sebelum negagha kita capai kemerdekaan sendighi.