Di Alor Setar, dulu ada satu istana yang oghang panggil Istana Pumpong. Istana ni jadi tempat bersemayam Tunku Aziz masa dia jadi Raja Muda.
Malangnya, istana tu dak kekal sampai sekaghang. Ia dah dirobohkan sekitaq tahun 1970an.
Kini, tempat istana tu berdiri dulu dah bertukaq ghupa sepenuhnya. Yang ada sekaghang deretan gedung-gedung perniagaan dan macam-macam aktiviti komersil, berhadapan dengan Taman Budaya.
Kisah Istana Pumpong ni jadi satu peringatan — dak semua waghisan sempat terselamat. Ada yang tinggal dalam gambar dan ceghita ja, sebab bangunannya dah lama hilang ditelan pembangunan.