Ghongkah — dalam loghat Kedah bermaksud bukak atau cerai-ceraikan sesuatu barang, macam nak 'dismantle'. Boleh pakai untuk apa-apa ja yang kena buka bahagian-bahagian dia, dari kipas ghosak sampai motosikai yang nak kena servis.

Abah ghongkah kipas siling yang dah bunyi berdecit tu, lepaih siap sambung balik, terus senyap dak bunyi lagi.

Jangan hang ghongkah radio kereta abah kalau hang dak reti nak pasang balik, lagi teghuk jadinya.

Budak-budak kampung situ suka ghongkah mainan lama, sat lagi dah bersepah ataih lantai, dak leh pasang balik pun.

Makna asal dia (dalam Kamus Dewan, bawah entri 'rongkah') ialah merosakkan atau memusnahkan ghumah, mesin dan lain-lain, atau membongkar. Kedah sebut 'r' jadi 'gh', jadi 'rongkah' jadi 'ghongkah'. Boleh pakai bila barang tu kena bukak sengaja macam nak servis, atau bila dia ghosak sebab kena bukak kasar-kasar.