Waze ni antara aplikasi navigasi paling ramai orang guna sebab bagi laporan trafik dan keadaan jalan secara live. Tapi macam aplikasi lain jugak, Waze pun kekadang buat hal - tak boleh bukak, freeze tetiba, lokasi tak update, ke bagi laluan yang tak masuk akal.

Kalau Waze asyik tutup sendiri ke tak boleh dibuka, biasanya sebab cache rosak ke storan telefon dah penuh. Pengguna Android boleh pi Settings > Apps > Waze > Storage, pastu pilih Clear cache. Kat iPhone pulak, pi Settings > General > iPhone Storage > Waze > Offload App, lepas tu pasang balik dari App Store. Lepas buat macam ni, cuba restart telefon dan tengok Waze dah okay balik ke dak.

Ada orang complain masukkan destinasi tapi Waze asyik pusing-pusing ja tak bagi laluan. Ni biasanya sambungan internet ada masalah. Cuba on-off Airplane Mode nak refresh sambungan, ke kosongkan cache. Kalau laluan yang Waze bagi pulak pelik-pelik, cek dalam Settings > Navigation - mana tau pilihan Avoid toll roads tu tetiba on, sebab tu Waze asyik elak lebuh raya bertol.

Kalau lokasi Waze tak bergerak ke asyik tunjuk mesej takdak GPS, check kebenaran lokasi dalam telefon - kat Android pi Settings > Apps > Waze > Permissions > Location, kat iPhone pi Settings > Privacy & Security > Location Services. Pastikan Precise Location tu on. Notifikasi yang terlalu banyak pulak boleh dikurangkan kat Settings > Alerts and reports, pilih ja jenis amaran yang betui-betui perlu.

Jadi sebelum terus tukar aplikasi lain bila Waze buat hal, cuba semak dulu benda-benda ni. Selalunya sikit ja tetapan kena ubah, dah boleh guna balik macam biasa.