Kerajaan Negeri Pulau Pinang sasarkan lebih 270,000 orang sertai sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri tahun ni, yang bakal berlangsung pada 10 Oktober ini. Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri, Daniel Gooi Zi Sen, habaq sambutan tu akan dibuat di seluruh negeri lewat penglibatan pelbagai agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, pertubuhan sukan, NGO dan komuniti setempat.

"Kerajaan Negeri ingin memastikan sukan dapat menjadi platform untuk memperkukuh perpaduan, membina komuniti yang lebih aktif serta meningkatkan kesejahteraan rakyat," kata Daniel Gooi Zi Sen.

Zi Sen cakap dia mahu sukan jadi sebahagian hidup rakyat Pulau Pinang, bukan ja untuk atlet atau oghang yang memang aktif bersukan, tapi melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa kira umur, bangsa dan latar belakang. Sambutan peringkat negeri ni akan diadakan di Kompleks Sukan dan Rekreasi Jalan Betek, Bukit Mertajam, bermula jam 6 pagi sampai 4 petang.

Antara aktiviti yang disusun termasuk fun walk 3km, fun run 5km, senamrobik, pound fitness, klinik bola sepak, cabaran sepakan penalti, pickleball, sukaneka kanak-kanak, serta pameran dan jualan komuniti. Zi Sen habaq HSN bukan sekadar acara sukan tahunan ja, tapi usaha nak budayakan aktiviti fizikal dan gaya hidup aktif dalam kehidupan haghi-haghi masyarakat.

Dari segi lalu lintas, laluan yang terlibat ialah Jalan Song Ban Kheng, Jalan Betek, Jalan Sungai Rambai dan Jalan Tembikai antara jam 7 hingga 9 pagi, tapi dak melibatkan tutup jalan sepenuhnya. Oghang awam yang ada urusan waktu tu boleh guna laluan alternatif macam Jalan Permatang Rawa, Jalan Kota Permai atau Jalan Maju untuk elak sesak.