Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus pantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) sebelum buat keputusan sama ada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dijadualkan haghi 10 Oktober ni boleh teruskan atau terpaksa ditangguh ekoran jerebu yang tengah berlaku.

Exco Belia, Sukan ngan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen habaq, pihaknya dah hubungi Menteri Belia ngan Sukan sekali ngan Jabatan Belia ngan Sukan Negeri Pulau Pinang untuk dapatkan perkembangan ngan panduan terkini pasai situasi ni.

"Terdapat garis panduan dalam penganjuran aktiviti sukan dan sekiranya bacaan IPU melebihi 200, kita terpaksa menangguhkan penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dijadualkan pada 10 Oktober ini." kata Daniel Gooi.

Dia cakap keputusan rasmi akan dimaklumkan ikut bacaan IPU semasa ngan dia akan terus tengok perkembangan tu. Setakat jam 12 tengahari tadi, bacaan IPU kat stesen pemantauan Seberang Jaya dicatat pada paras 154 — belum capai had 200 yang jadi penentu tangguh atau tak.

Walaupun HSN tu program tahunan yang dianjur seluruh negara, Daniel cakap keadaan semasa kena ambik kira sebab ia sangkut pasai kesihatan awam orang ramai. Keputusan rasmi dijangka diumum lewat kenyataan petang haghi tu.

Untuk rekod, sambutan HSN Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun ni sasarkan penyertaan lebih 8,000 oghang menerusi pelbagai program yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Sukan ngan Rekreasi Jalan Betek, Bukit Mertajam.