Bangunan bersejarah kat Pulau Pinang terus dapat nafas baharu bila sektor korporat ambik bahagian memanfaatkan bangunan lama tu untuk fungsi moden, tanpa lupakan keunikan identiti warisannya.
Pengarah Urusan Perbankan Runcit, Kumpulan AmBank, Cheong Chee Wai habaq pendekatan ni diguna pakai pada sebuah banglo yang berusia lebih sembilan dekad kat Jalan Kelawei, yang kini dah jadi cawangan baharu bank tu.
"Saya rasa kami amat berbesar hati untuk menyumbang kepada usaha yang baik ini. Dengan kehadiran kami di kawasan ini, ia akan memberi manfaat kepada pelanggan, pihak bank dan juga komuniti," kata Cheong.
Beliau cakap, kehadiran cawangan baharu ni bukan ja bagi faedah kat pelanggan dan komuniti setempat, tapi turut tambah tarikan pelancongan kawasan George Town. Cheong ditemui pemberita masa Majlis Peluncuran AmBank Cawangan Jalan Kelawei tu.
Menurut Cheong, walaupun institusi perbankan beroperasi atas asas perniagaan, macam-macam inisiatif kemasyarakatan akan terus dibuat. Langkah ni untuk tingkatkan kualiti hidup penduduk setempat dan jaga kecantikan kawasan sekitar.