Seorang lelaki yang jadi orang upahan ah long kena denda RM9,000 di dua Mahkamah Majistret Bukit Mertajam haghi ni, lepas mengaku salah atas dua pertuduhan khianat. Tertuduh, Tan Ting Sheng, 24 tahun, yang ada dua orang anak, didakwa siram cat merah pada dinding, pagar dan van Nissan di Taman Impian Ria, kira-kira pukul 12.10 tengah malam pada 19 September lepas.
Pertuduhan kedua pula berlaku di Jalan Tan Sai Gin pada tarikh yang sama, bila pagar dan kereta Honda CR-V milik Ng Tee Keat, 52 tahun, kena siram cat merah. Ong Tian Ching, 41 tahun, pula tanggung kerugian sebab dinding, pagar dan van dia rosak.
"Lagi satu, harga cat yang awak beli mungkin sekitar RM80, tapi, kesan kerugian dan malu yang ditanggung oleh mangsa adalah lebih daripada itu," kata Majistret Sharifah Razali.
Roshayati Radellah jatuhkan denda RM4,000 untuk pertuduhan pertama, manakala Sharifah Razali jatuhkan denda RM5,000 untuk pertuduhan kedua. Kalau dak bayar, tertuduh boleh kena penjara enam bulan bagi kes pertama dan 12 bulan bagi kes kedua. Sebelum hukuman dibaca, Sharifah nasihat tertuduh supaya jangan ulang perbuatan tu dan cari kerja lain yang lebih elok untuk sara keluarga.
Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Catherine Joysee. Kes ni dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfadzli Hassan dan Siti Nur Amalina Harun.