Kira-kira 1,500 penduduk di Taman Angsana dan Taman Selasih, Kulim, sekali lagi kena banjir kilat pagi tadi, sehari lepas kawasan perumahan tu dilanda kejadian sama petang semalam. Banjir pagi tadi berlaku kira-kira pukul 7 pagi, lepas hujan lebat setengah jam.
Penduduk, Zahir Kassim, 57, kata dia tau pasai banjir semalam lepas dapat maklumat dari kumpulan WhatsApp taman dan media sosial, masa dia tengah ada kat Mengkuang, Pulau Pinang. Dia terus balik ke rumah di Taman Angsana kira-kira pukul 6 petang.
"Kelmarin air masuk ke dalam rumah pada paras buku lali." kata Zahir Kassim.
Keluarga tu tinggal kat Mengkuang, tapi rumah di Taman Angsana dijadikan inap desa. Zahir kata rumah tu pernah kena banjir masa disewakan, tapi kawasan tu tak kena banjir lagi sejak 2017 sampai semalam.
Sementara penduduk masih sibuk bersihkan barang yang kena air dan selut, hujan lebat setengah jam pagi tadi buat air naik semula. Ramai yang bimbang bila hujan datang lagi, sebab kerja cuci tak sempat siap.