Mat Yusof Hashim, 77, ditemui meninggal dunia selepas kereta Proton Wira yang dipandunya terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, Bukit Selambau, dekat Sungai Petani. Jasad dia dijumpai pasukan bomba pukul 9.10 pagi tadi, kira-kira 100 meter dari tempat kereta tu ditemui.
Anak dia, Mohd Noor, 43, cakap dia dah lalu kawasan tu dua kali masa cari bapanya, termasuk pagi tu, tapi langsung tak perasan jasad tu. Kawasan tu bersemak dan paras sungai pun dalam, walaupun dah surut banyak berbanding semalam.
"Saya memang tidak sangka dia berada di situ," kata Mohd Noor.
Arwah bapanya dikenali sebagai oghang yang kuat kerja dan tak banyak cakap. Mohd Noor kata arwah dah merancang nak kahwin dengan Nisun Che Mat, 69, hujung tahun ni, tapi persiapan belum siap sepenuhnya.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Teloi Timur selepas bedah siasat selesai.