Buku cerita kanak-kanak bertajuk Coco the Floating Coconut dilancarkan di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Buku ni dibuat untuk ajar budak-budak kenal emosi sendiri dan faham yang minta bantuan bukan satu kelemahan.
Tan Lean Kee, isteri Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan penaung Befrienders Penang, habaq kanak-kanak perlu faham yang rasa takut, sedih, sunyi dan risau tu perkara biasa. Depa dak patut simpan perasaan tu sorang-sorang.
"Kita mesti ajar anak-anak bahawa minta tolong bukan tanda lemah. Ia tanda keberanian, kesedaran diri dan kekuatan," kata Tan Lean Kee.
Tan kata buku ni bawa mesej penting pasai kesejahteraan emosi dan pentingnya hulur tangan bila hadapi kesukaran. Dia bagi tau cerita macam ni boleh mulakan perbualan yang susah nak dimulakan oleh kanak-kanak dan oghang dewasa. Dia harap Coco sampai ke rumah, sekolah dan perpustakaan.
Constance Luk, pengasas People's Health & Emotional Wellbeing (PHEW!), habaq buku ni dibuat supaya kanak-kanak boleh faham dan luahkan emosi dari kecik lagi. Dia kata kesihatan emosi sama penting dengan kesihatan fizikal, tapi perbualan pasai perasaan selalunya tercicir, lebih-lebih lagi dengan kanak-kanak kecik. Daniel Gooi, pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri, dalam rakaman mesej pulak kata kesihatan mental patut diberi perhatian sejak awal lagi.