Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, berkenan menerima mengadap Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, di Balai Mengadap Biru, Istana Arau, semalam.

Pertemuan tu antara lain membincangkan perkembangan semasa bidang komunikasi, termasuk kepentingan penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan mudah diakses oleh masyarakat.

Dalam konteks Perlis, kemajuan komunikasi dan keterhubungan digital dilihat penting untuk perluas akses kepada maklumat. Ia sekali menyokong peluang dalam bidang pendidikan, ekonomi, kesihatan dan pembangunan komuniti.

Perbincangan tu turut sentuh usaha memperkukuh ekosistem komunikasi di negeri ni, supaya manfaat kemajuan teknologi dan akses maklumat dapat dinikmati secara lebih menyeluruh.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.