Kedah mungkin kekal sebagai negeri pengeluar padi utama negara, tapi kedudukan tu berdepan cabaran besar. Perubahan iklim, bekalan air, tenaga kerja dan kos pengeluaran semua makin menekan industri padi di negeri ni.

Data Jabatan Perangkaan (DOSM) tunjuk pengeluaran padi Kedah jatuh daripada 914,200 tan pada 2020 kepada 747,193 tan pada 2023, sebelum naik sikit ke 777,021 tan pada 2024. Walaupun naik, angka tu masih rendah berbanding 2020.

Masalah air jadi penentu. Takungan tiga empangan sekarang tinggal 35.76 peratus, dan kebarangkalian El Nino dijangka naik sampai 96 peratus menjelang hujung 2026. MADA bagi tau pengairan Musim 2/2026 fasa pertama yang bermula 23 September lepas bergantung sepenuhnya pada hujan. Musim lepas, hanya 10 peratus daripada 56,000 pesawah mula menanam dalam tempoh yang dicadangkan.

Kos pun naik. Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob, habaq kos perkhidmatan membajak dan menuai naik lebih 50 peratus musim lepas, dan sampai 65 peratus kalau campur input pertanian. Lagi satu, Baja 3 di kawasan MADA lewat sampai SPRM bertindak. Hanya 120,000 daripada 600,000 kampit diterima masa tanaman masuk peringkat kritikal, dan pesawah rugi kira-kira RM2,800 sehektar.

Pengerusi Peladang Muda PPK MADA, Aswadil Khairi Che Omar, bagi tau kira-kira 30 peratus petani muda dah berundur sejak beberapa musim lepas sebab dak mampu dapat untung. Depa umur 25 sampai 40 tahun, terpaksa tanggung hutang. Dia habaq tanah sawah luas dan sistem pengairan tu aset besar Kedah, tapi dak cukup untuk jamin kedudukan jelapang padi kekal selama-lamanya.