PERMATANG PAUH — Saluran darah kat bahagian jantung yang tersumbat disahkan jadi punca kematian seorang lelaki yang mayatnya dijumpai berbalut kain dalam longkang berhampiran sebuah kedai makan kat Pasar Awam Sama Gagah, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah habaq pengesahan tu dibuat lepas mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat. Pihak polis terima maklumat daripada orang awam pasai penemuan mayat tu lebih kurang pukul 7.30 pagi.
Siasatan awal dapati mangsa ni lelaki tempatan berusia 57 tahun yang disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan HSJ. Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang buat pemeriksaan fizikal atas mayat tu, dan tak jumpa sebarang kesan kecederaan atau tanda mencurigakan pada tubuh badan mangsa.
"Pada masa yang sama, beberapa saksi juga telah diambil keterangan dan mendapati, tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian tersebut. Sehubungan itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau SDR," kata Nik Aminuddin Raja Abdullah.
Nik Aminuddin nasihatkan orang ramai supaya jangan buat sebarang spekulasi pasai kejadian tu dan hormat privasi keluarga si mati. Dia pun ingatkan oghang ramai lebih peka pasai kesihatan diri serta dapatkan pemeriksaan dan rawatan sewajarnya kalau ada gejala yang membimbangkan.