BUKIT MERTAJAM – Seorang penunggang motosikal nafi bersalah bila dihadapkan ke Mahkamah Majistret kat sini haghi ni, atas pertuduhan tunggang motosikal tak cermat sampai buat kemalangan kat Jalan Permatang Pauh minggu lepas.
Mohamad Amin Abdul Hamid, 24, yang keja sebagai pembantu khidmat awam, buat pengakuan tu lepas pertuduhan dibacakan depan Majistret Sharifah Razali. Ikut pertuduhan, lelaki yang baru empat bulan dapat keja tetap ni didakwa tunggang motosikal jenis Honda RS-X tak cermat dan tak bertimbang rasa sampai kena dua oghang pejalan kaki, kat Jalan Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah, lebih kurang pukul 7.20 pagi, 23 September lepas.
Atas kesalahan tu, dia didakwa ikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh kena denda antara RM5,000 hingga RM10,000 atau penjara sampai 12 bulan kalau sabit kesalahan. Kes ni dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K. Puvirajan.
Masa prosiding, Siti Nur Amalina tawaq ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, tapi Puvirajan rayu sebab anak guamnya tu gaji RM1,500 sebulan ja dan kena tanggung mak ayah sekali. Mahkamah lepas tu benaq ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin, dan tetapkan 18 November depan jadi tarikh sebutan semula.
Ikut laporan media 23 September lepas, polis dah cari identiti penunggang motosikal yang dipercayai langgar dua budak pompuan umur lapan dan sembilan tahun dekat sekolah kat Jalan Permatang Pauh tu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah, habaq suspek tampil sendiri ke balai polis lepas sedar video kejadian tu dah tular kat media sosial.