Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya dijumpa dalam parit berhampiran Surau Permatang Pak Elong, Jalan Permatang Pak Elong, Kepala Batas, haghi ni. Mayat lelaki tu dipercayai dalam lingkungan umur 40-an.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, habaq pihaknya terima panggilan daripada polis pada pukul 3.52 petang bagi minta bantuan ambik mayat tu.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas tiba di lokasi dan mendapati mayat lelaki itu berada di dalam parit sebelum komander operasi mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja mengangkat mayat ke kawasan selamat," kata John Sagun Francis.

Operasi tu libatkan tujuh oghang anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS), dan siap pada 6.44 petang. Mayat lelaki tu lepas tu diserah kat polis untuk tindakan lanjut.

Sementara tu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman, bila dihubungi, sahkan penemuan mayat tu dan habaq siasatan lanjut sedang dibuat, termasuk bedah siasat nak tau punca sebenar kematian mangsa.