Polis sahkan individu yang dikatakan sengaja jatuh ke tengah jalan di jejambat berhampiran Hospital Lam Wah Ee, Batu Lanchang, George Town, tu merupakan seorang warga asing yang disyaki ada masalah kesihatan mental.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, habaq lelaki yang dipercayai warga Myanmar tu tak ada dokumen perjalanan yang sah. Katanya, lelaki tu dah pun ditangkap berkaitan satu kes pencerobohan rumah berasingan yang dilaporkan di Jalan Kurau, Jelutong.

"Hasil siasatan awal juga mendapati suspek disyaki mempunyai masalah kesihatan mental dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," kata Abdul Rozak Muhammad.

Mengulas pasai kejadian tular tu, beliau habaq pihaknya hari ni dah terkesan dengan satu video berdurasi 22 saat kat media sosial yang tunjuk seorang lelaki tiba-tiba jatuh ke tengah jalan Flyover Batu Lanchang. Lelaki tu nyaris kena langgar sebuah kenderaan, dan sebab tu la video tu dapat perhatian ramai orang.

Hasil siasatan polis dapati kejadian tu berlaku semalam, dalam pukul 4.16 petang, dan takdak kemalangan jiwa dilaporkan. Abdul Rozak nasihatkan orang ramai jangan buat spekulasi tak berasas pasai video tu sebab boleh bagi kegusaran kat pengguna jalan raya.