Oghang ramai yang berada berhampiran Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh digemparkan bila jumpa mayat berbalut kain dalam longkang berhampiran sebuah kedai makan, dalam pukul 7 pagi semalam.

Depa habaq, mayat tu mayat seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an dan berbadan kurus. Identiti sebenar lelaki tu masih belum dapat dikenal pasti sampai sekarang.

"Kalau tengok saiz longkang itu (tempat mayat ditemukan) kecil sahaja berbanding saiz mayat. Jadi, nampak seolah-olah mayat tersebut sengaja cuba disumbat atau disorokkan di situ," kata Azmi.

Azmi, seorang pengunjung dalam lingkungan 40-an, cakap dia perasan kejadian tu sebaik ja tiba kat pasar awam nak beli sarapan pagi.

Sementara tu, sampai sekarang belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak polis pasai penemuan ni.