Seorang lelaki berusia 84 tahun cedera di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, haghi ni lepas tak sempat selamatkan diri bila sebuah kren terbalik lalu hempap bumbung asrama pusat jagaan warga emas yang dia duduk.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis cakap pihak depa terima panggilan kecemasan pasai kejadian tu kira-kira pukul 12.38 tengah hari sebelum hantar sepasukan anggota pi lokasi.
Dia habaq kejadian tu dipercayai jadi masa kren berkenaan tengah diparkir atas permukaan yang tak rata, lepas tu kren tu hilang kestabilan dan terbalik hempap bangunan asrama.
"Mangsa yang terlibat pula telah dibawa ke hospital oleh pihak KKM lebih awal iaitu sebelum ketibaan pihak bomba," kata John Sagun Francis.
Menurut dia, pusat jagaan warga emas tu dihuni 38 oghang termasuk mangsa, manakala pekerja ngan pemandu kren yang bertugas masa tu pula seramai 11 oghang. Semua penghuni ngan pekerja lain berjaya selamatkan diri masa kejadian tu, kecuali mangsa yang cedera. Komander operasi ada arah anggota pasang sekatan kawal kawasan tu, dan operasi tamat lebih kurang pukul 1.45 petang.