SEBERANG PERAI – Seorang warga emas cedera pada bahagian kepala bila sebuah kren terbalik sebelum hempap bumbung sebuah pusat jagaan warga emas di Permatang Tinggi, di sini haghi ni.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis habaq, pihak dia terima panggilan pasai kejadian tu pukul 12.38 tengah hari. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam terus dikejarkan gi lokasi kejadian.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika kren berkenaan diparkir permukaan tidak rata sehingga hilang kestabilan sebelum terbalik dan menghempap bumbung bangunan asrama warga emas berkenaan," kata John Sagun Francis.

Anggota lepas tu buat pemantauan kat sekitar kawasan kejadian, sekali ngan pasang sawar nak kawal pergerakan oghang awam ngan halang depa masuk kawasan larangan. Masa kejadian, ada seramai 49 oghang kat pusat jagaan tu, termasuk penghuni ngan pekerja.

Mangsa dah dibawa gi hospital oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum anggota bomba sampai lagi, manakala operasi tamat sepenuhnya pukul 1.45 tengah hari.