LANGKAWI – Dua pelajar lelaki kena nahas sampai mati masa dalam perjalanan balik sekolah, bila motosikal yang depa naik terbabas laluan dan bertembung dengan kereta yang datang dari depan di Jalan Nyior Chabang, sini, tengahari tadi.

Kejadian ni jadi lebih kurang pukul 1.51 tengahari. Kedua-dua mangsa yang naik motosikal Yamaha Y15 tu disahkan meninggal dunia terus di tempat kejadian sebab kecederaan teruk kat kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin habaq siasatan awal depa dapati kedua-dua mangsa yang berusia bawah 16 tahun tu dipercayai dalam perjalanan balik dari sekolah, dari arah Simpang Kenyum menuju ke Nyior Chabang.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai sedang memotong dua buah kereta yang bergerak sehala dengannya. Motosikal itu kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah hadapan," kata Khairul Azhar.

Tiga pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian ni dak cedera fizikal, cuma depa masih dalam keadaan trauma. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan balik kat keluarga untuk urusan pengebumian.