Sebuah lori rempuh masuk ke dalam rumah di Kampung Betong, Jeneri, Sik, kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi. Lori tu bawa muatan dedak haiwan, dipercayai mengundur masa jalan yang agak berbukit sebelum rempuh rumah berkenaan.
Nor Amirah Mohd Latif, 38, yang hampir maut dalam kejadian tu, habaq dia tengah dapur dengan anak bongsu, Afiyah Haura Herman, 5, nak makan tengah hari. Suaminya, Herman Abd Samad, 43, ada kat ruang hadapan rumah.
"Kalau anak tak tiba-tiba mahu muntah, mungkin kami dua beranak pun kena rempuh." kata Nor Amirah Mohd Latif.
Dia nampak lori dah masuk dalam dapur, dinding rumah pun rosak. Meja makan yang baru dia letak nasi dan lauk kena hempap dinding, padahal jaraknya cuma tiga langkah dari tempat dia berdiri.
Menurut dia, anaknya yang demam tiba-tiba nak muntah, lalu lari ke pintu belakang berhampiran dapur. Tindakan budak tu la yang selamatkan dua beranak tu daripada rempuhan.