Umno Kedah bakal buat pertemuan dengan kepimpinan PAS negeri dalam masa terdekat ni untuk bincang bentuk kerjasama antara dua parti tu menjelang PRU16.

Ketua Umno Kedah, Mahdzir Khalid, habaq pertemuan awal tu jadi langkah pertama sebelum sebarang perbincangan lanjut pasai perkara lain dibuat, lapor Berita Harian. Katanya, dia kena jumpa Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor, dulu sebelum rundingan lebih terperinci dibuat sekali dengan kepimpinan PAS negeri.

"Mungkin jumpa Menteri Besar dulu. Kemudian mungkin Pesuruhjaya PAS. Kita runding kerjasama. Banyak fokusnya, kita akan ikut secara berperingkat tapi mula dengan jumpa dulu," katanya.

Majlis Kerja Tertinggi Umno semalam antara lain bersetuju supaya kepimpinan peringkat negeri runding dengan parti politik yang nak bekerjasama depan pilihan raya akan datang. Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, habaq rundingan tu kena berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukan ugutan atau gertakan.

Perkembangan ni berlaku lepas hubungan Umno dan PAS jadi tumpuan balik susulan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Negeri Sembilan awal bulan ni. Persefahaman tu buat BN-PN kuasai 25 daripada 36 kerusi sekali gus bentuk kerajaan Negeri Sembilan, dan kemenangan tu pun bawa cadangan supaya kerjasama macam ni diperluas sampai PRU16, termasuklah PRN Melaka yang dijangka sebelum hujung tahun ni.