PADANG BESAR — Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis Kali Ke-51 jadi tempat sekali beberapa individu dapat pengiktirafan atas sumbangan depa bagi pembangunan anak muda dan perjuangan parti tu.

Empat orang terima Anugerah Khas Ketua Pemuda sebab aktif buat kandungan digital yang bantu sebarkan mesej dakwah dan perjuangan — depa ni ialah Shahrul Shaari (Bang Oun Review), Mohd Azinuddin Aziz (Din Skyfield), Mohd Safwan Yazi (Safwan Yazi) dan Amar Rohidan. Anugerah Jabatan-Jabatan pulak diberi kat wakil SRITI, Jabatan Amal, PASTI Padang Besar serta Alternative Riding Club (ARC), manakala Anugerah Khalid Al-Walid diberi kat tiga ahli dari Padang Besar, Kangar dan Arau atas sumbangan depa dalam gerak kerja organisasi.

Ketua Pemuda PAS Perlis, Haziq Asyraf Dun, yang juga ADUN Beseri, habaq berakhirnya muktamar ni bukan bermakna habih tugas.

"Muktamar adalah medan bermuhasabah, menyusun kembali saf dan memperbaharui tekad. Selepas muktamar, bermulalah kerja yang sebenar," kata Haziq Asyraf.

Muktamar bertema 'Mara Menjulang Cita' ni dihadiri antaranya Pesuruhjaya PAS Perlis, Tuan Guru Ahmad Ali, serta Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Rus'sele Eizan, dan bermula dengan konvoi motosikal anjuran ARC dari Markaz PAS Padang Pauh.