ALOR SETAR — Kerusi Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dah kosong lebih dua bulan, dan beberapa pihak kat Kedah mula bising minta Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, segera lantik pengganti baharu bagi uruskan hal-hal penanaman padi kat negeri ni.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Zulkifli Yahaya, habaq membiarkan jawatan penting ni kosong lama-lama ni satu perbuatan yang tak bertanggungjawab kat rakyat.
"Pengerusi MADA ini penting, untuk buat keputusan besar melibatkan penanaman padi. Tetapi sekarang ini dah lebih dari dua bulan jawatan itu dibiarkan kosong," kata Zulkifli.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, pun bangkitkan isu sama, habaq kekosongan yang dah capai 83 hari tu kena selesai segera sebab banyak masalah tak dapat ditangani, termasuk kelewatan bekalan baja subsidi yang makin bebankan pesawah.
Jawatan Pengerusi MADA kosong lepas pemegang sebelum ni, Dato' Dr Ismail Salleh, tamat kontrak pada 14 Mei lalu, dan sampai sekarang kerajaan belum umum sesiapa pun untuk isi kekosongan tu. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut desak kerajaan lantik pengganti secepat mungkin elak gangguan pentadbiran.