Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, habaq lawatan kerja dia ke Amerika Syarikat baru-baru ni bagi gambaran yang positif untuk pasaran pelaburan negeri ni pada masa depan. Menurut beliau, banyak sektor nampak berpotensi nak melabur di Pulau Pinang sebab perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) sekarang ni.
Lawatan misi pelaburan dan perdagangan tu dibuat selama lapan hari bermula 28 September, dengan tujuan memperkukuh hubungan korporat, tarik pelaburan baharu serta promosi beberapa inisiatif negeri. Beliau cakap pihak InvestPenang yang ikut lawatan tu akan buat rumusan dan perincian lanjut.
"Kesimpulan awal yang boleh dibuat ialah, lawatan itu memang membuahkan hasil yang baik serta positif. Tetapi, seperti biasa, pelaburan itu tidak datang hari ini. Mereka (pelabur) masih menjalankan penelitian sewajarnya serta memahami ekosistem dan tenaga kerja kita sebelum melabur di sini." kata Chow Kon Yeow.
Dalam sektor teknologi perubatan (MedTech), Pulau Pinang dah berjaya tarik pelaburan diluluskan berjumlah RM2.3 bilion melibatkan 40 projek antara 2021 hingga suku pertama tahun ni. Pelaburan tu sekali bagi peluang kerja hampir 4,500 orang. Sekarang ada lebih 20 syarikat MedTech tempatan yang hasilkan peranti berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), dari implan ortopedik sampai ke bahan guna habis perubatan. Chow cakap gabungan syarikat global dengan syarikat tempatan buat Pulau Pinang dikenali sebagai antara hab MedTech paling kukuh di Asia Tenggara.