Kerajaan Negeri Pulau Pinang teruskan bantuan sara hidup secara one-off untuk pesawah dan petani. Penyerahan kali ni dibuat dekat Dataran Komuniti Kampung Perlis, Balik Pulau, baru-baru ni, untuk penerima di daerah Barat Daya dan Timur Laut.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan, Dato' Rashidi Zinol, habaq bantuan ni sebahagian usaha kerajaan nak ringankan beban petani hadap kos sara hidup dan operasi tanam. Dia juga ADUN Sungai Acheh.
"Golongan pesawah dan petani memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan serta keterjaminan bekalan makanan di negeri ini." kata Rashidi Zinol.
Dia cakap bantuan sama dah diserah dulu kat penerima di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Lepas tu giliran penerima kat bahagian pulau, iaitu pesawah padi dan petani sayur dari Barat Daya serta Timur Laut.
Rashidi kata kerajaan negeri akan terus turun padang nak dengar sendiri keperluan petani, supaya pembangunan sektor pertanian jadi lagi berkesan. Kebajikan petani kena terus dapat perhatian sebab sektor pertanian Pulau Pinang kena kekal berdaya tahan dan sumbang pada keterjaminan makanan negeri.