Goh Kien Boon, 61, dari Kangar, Perlis mula minat kumpul setem sejak umur 11 tahun. Masa tu dia dak ada duit nak beli setem, jadi dia kutip apa ja yang ada dalam tong sampah pejabat kerajaan, termasuk setem dari Singapura dan Thailand.
Minat tu kekal sampai sekarang, dah lebih lima dekad dia dalam dunia filateli. Kien Boon habaq dia dah belanja lebih RM2 juta untuk kumpul koleksi unik dia tu.
Antara yang jadi tarikan ialah koleksi Kingdom of Perlis zaman pemerintahan Tuanku Raja Syed Alwi Jamalullail, yang pernah dipamer di London 2022 International Stamp Exhibition. Kali ni koleksi tu disusun dalam 13 bingkai untuk cerita sejarah pemerintahan tu, di Pameran Setem Lima Negara Perlis Malaysia 2026 di Dewan 2020 yang berlangsung tiga haghi.
Setem paling bernilai dalam simpanan dia ialah setem terawal Kingdom of Perlis yang ada cop tulisan Thai, dibeli dengan harga lebih kurang RM40,000. Kien Boon cakap setem tu betui-betui istimewa sebab dua keping ja ada di dunia. Semua koleksi disimpan dalam bilik berhawa dingin supaya kualiti dia terjaga.