Vivo Malaysia bagi tengok telefon pintar terbaharu depa, Vivo V80 Lite 5G, yang tumpu habih-habih kat ketahanan bateri — benda yang ramai orang cari bila nak beli telefon baharu sekarang ni.
Telefon ni bawa bateri BlueVolt berkapasiti 10,000mAh, mampu bagi kuasa stabil sampai suhu 45 darjah celcius. Depa cakap ketahanan ni dah terbukti sampai dapat rekod Guinness World Record pasai siaran langsung ujian produk elektronik paling lama — 32 jam 37 minit tu!
Guna teknologi anod silikon generasi keempat dengan Magic Cube Battery Packaging, Vivo cakap bateri ni mampu tahan sampai 16 jam pemakaian berat, tapi badan telefon kekal nipis dan selesa. Ada jugak sistem penyejukan 3.8K Ultra Large VC supaya telefon dak cepat panas walaupun kena guna bawah terik matahari.
Fungsi Battery Life Extender pulak jaga supaya benda penting macam panggilan kecemasan tetap boleh guna walaupun baki bateri tinggal satu peratus ja. Lagi satu, ada Reverse Charging yang buat telefon ni jadi macam power bank, boleh cas peranti lain macam earphone tanpa wayar.
Vivo pun jamin kesihatan bateri kekal sekurang-kurangnya 80 peratus walaupun dah pakai enam tahun, lepas melalui ujian ketahanan bertaraf ketenteraan — tahan jatuh dari tiga meter atas karpet dan satu meter atas permukaan keras. Ciri Extended RAM pulak akan mula masuk mulai 24 September ni.