Ramai ibu bapa sekarang risau pasai anak-anak kecil pegang telefon pintar tiap-tiap hari. Bukan setakat kandungan tak senonoh ja jadi kebimbangan, tapi ada juga ancaman cyberbullying, scam atas talian, sampai la manipulasi orang asing kat anak-anak (online grooming). Sebab tu ramai yang cari cara senang nak kawal internet anak, tak payah install banyak-banyak aplikasi.

Tune Talk pun keluarkan Epik+ Family Safe, pelan keluarga khas untuk bantu ibu bapa uruskan penggunaan internet anak dengan senang. Fungsi utama depa panggil One-Tap Parental Control — semua boleh diurus terus dari aplikasi Tune Talk ja, tak payah download apps lain atau buat setting yang rumit. Pelan ni pun ada Network Level Security yang jaga keselamatan terus di peringkat rangkaian.

Ibu bapa boleh pilih tahap perlindungan ikut umur anak — High Protection untuk anak kecil yang baru guna telefon, Medium Protection untuk remaja yang perlukan akses belajar dan hiburan, dan Low Protection untuk remaja yang dah lebih berdikari guna internet. Pelan ni bagi 700GB data yang boleh kongsi antara satu talian ibu bapa dan satu talian anak, dan boleh tambah sampai tiga talian anak lagi pada RM20 setiap satu.

Selain tu, Tune Talk guna teknologi Cloud AI Powered Ultra Fast 5G dengan kelajuan sampai 900Mbps, jadi internet lagi laju dan stabil. Pelanggan pun dapat manfaat tambahan macam e-roaming percuma di 13 negara, PA insurans sampai RM500,000, panggilan tanpa had, sampai langganan foodpanda dan Shopee VIP. Kesemuanya bermula serendah RM80 sebulan, dengan nilai tahunan sampai RM3,779.

Kalau nak data lebih besar, Tune Talk pun ada pelan Epik+ Family — 1200GB data boleh kongsi merentasi lima talian, pada harga RM128 sebulan. Depa habaq, dua-dua pelan ni sesuai untuk keluarga yang nak jaga keselamatan anak sambil tak risau data tak cukup.