Ramai orang tertanya-tanya awat Toyota, yang dah lama jadi peneraju teknologi hibrid lebih dua dekad, lambat betui nak keluaq EV sepenuhnya berbanding jenama lain yang dah lebih dulu berlumba-lumba masuk pasaran EV. Rupanya Toyota ada falsafah dia sendiri — depa panggil Multi-Pathway, iaitu depa percaya masa depan kenderaan tak boleh bergantung satu teknologi ja, kena ada ICE, hibrid, plug-in hibrid, hidrogen dan EV, ikut apa yang sesuai untuk tiap-tiap negara.
Sebab tu jugak Toyota amik masa bangunkan platform khas nama e-TNGA, kerjasama dengan Subaru, sampai lahir la Toyota bZ4X ni — kembar dia Subaru Solterra. Nama "bZ" tu maksud dia "Beyond Zero", bukan sekadar nak buat kereta tanpa pelepasan karbon ja, tapi nak bagi pengalaman memandu yang lagi selesa dan selamat, ikut identiti Toyota selama ni. Kat Malaysia, bZ4X ni model EV pertama UMW Toyota Motor pasarkan secara rasmi, lepas tu baru disusuli Urban Cruiser EV dan Hilux EV.
Dari luar, bZ4X ni nampak lain macam berbanding SUV Toyota lain yang orang biasa nampak macam Corolla Cross ka RAV4 ka Harrier — muka dia guna reka bentuk "hammerhead" yang lampu LED nipis dengan bonet rendah, jadi nampak tajam tanpa perlu gril besaq. Fender hitam kat empat-empat roda pun mula-mula nampak pelik dalam gambaq, tapi bila tengok sendiri kereta betui-betui, memang berubah pandangan. Bahagian dalam pulak lagi menarik — dak la penuh skrin gergasi ka lampu ambient bertukar warna macam EV China, Toyota pilih pendekatan bersederhana, butang fizikal untuk aircond masih ada, senang nak guna. Skrin infotainmen 14 inci support Apple CarPlay dan Android Auto, kluster meter digital 7 inci pulak diletak lagi tinggi sikit dari biasa.
Bab memandu plak, lepas try beberapa hari, boleh rasa kereta ni padu dan kukuh walaupun bateri besaq letak bawah lantai. Lalu jalan tak rata ka jambatan ka, tak banyak bunyi ganggu, suspensi pun serap hentakan dengan baik — tak lembik sangat, tak keras sangat, sesuai jadi kereta keluarga tapi best jugak bila bawak jalan berliku.
Pasal cas bateri, bZ4X ni boleh terima DC sampai 150kW dan AC sampai 22kW. Cas dari 17 peratus sampai 80 peratus amik masa lebih kurang 40-50 minit guna DC — tak jauh beza dengan SUV elektrik lain kapasiti sama. Rupanya laju ka lambat cas tu selalunya bergantung pada stesen cas tu sendiri, bukan semata-mata pasal kereta. Lepas try beberapa hari, boleh nampak apa Toyota cuba buat — depa dak nak buat EV yang hebat kat bilik pameran ja, dak nak menang perang spesifikasi bertambah skrin. Depa just amik kereta biasa, tukar enjin pembakaran dengan sistem elektrik — cara Toyota buat kereta yang betui-betui best nak pandu, bukan sekadar canggih atas kertas ja.