smart Malaysia baru ja habaq pasai varian warna baru untuk SUV elektrik premium depa, smart #5 Brabus. Warna baru ni depa panggil Laser Red Edition, edisi terhad, khas untuk orang yang nak kereta lain sikit rupa dari orang lain tapi prestasi dengan teknologi dia sama ja lagu smart #5 Brabus biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang, cakap kemasan Laser Red ni bagi pilihan lagi eksklusif kat pelanggan yang mengutamakan identiti sendiri. "smart #5 Brabus telah mentakrifkan semula jangkaan terhadap SUV elektrik berprestasi tinggi dengan menggabungkan kuasa, keselesaan premium dan teknologi canggih. Dengan Laser Red Edition, kami menawarkan pengalaman yang lebih ekspresif dan eksklusif kepada pelanggan, sekali gus menjadikannya tambahan istimewa kepada keluarga smart #5," katanya.

Pasai prestasi, takdak apa yang berubah — sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor dia tetap boleh hasilkan kuasa maksimum 475kW (646 PS) dengan tork 710Nm. Dengan kuasa lagu tu, boleh la kereta ni pecut dari 0 sampai 100km/j dalam 3.8 saat ja, antara paling laju dalam kelas EV berprestasi tinggi.

Selain tu, ada jugak mod pemanduan khas BRABUS, kabin dalam pakai kemasan Alcantara dengan Dinamica, rupa luaq ikut gaya Brabus, sistem digital pakai cip AMD V2000, serta pelbagai teknologi keselamatan dan bantuan pemandu yang terkini.

smart Malaysia habaq smart #5 Brabus Laser Red Edition ni akan ditawaq dalam jumlah terhad ja kat Malaysia, jadi antara varian paling eksklusif dalam rangkaian smart. Harga rasmi untuk 2026, smart #5 Premium RM209,800, manakala smart #5 Brabus pulak RM259,800.