Dalam usaha nak perkukuh keupayaan organisasi hadap transformasi industri media digital, Siakap Keli dan Wiser menjalin kerjasama strategik dengan Malaysian Press Institute (MPI) menerusi Kursus Pemantapan Kompetensi Newsroom Digital & Penghasilan Kandungan Multi-Platform, yang berlangsung empat hari kat Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.

Program dari 20 hingga 23 Julai tu himpunkan 10 orang warga editorial Siakap Keli dan Wiser bagi tingkatkan kemahiran depa dalam penulisan editorial, kewartawanan digital, penghasilan kandungan video, guna kecerdasan buatan (AI) sekali dengan strategi penerbitan kandungan merentas pelbagai platform.

Hari pertama, kursus dikendalikan oleh Ketua Editor Berita (Digital) Buletin TV3, Azwaliza Azman, yang kongsi pasai operasi newsroom digital, urus aliran kerja editorial, cara handle berita tergempar serta kaedah sahkan maklumat sebelum diterbitkan. Hari kedua pulak tumpu kat Editorial Writing Masterclass, Narrative Storytelling dan guna AI dalam operasi editorial.

"Kandungan yang hendak dijana menggunakan AI mestilah datang daripada hasil kerja sendiri, bukannya mengambil kandungan orang lain. Apabila kandungan itu asli, kepercayaan khalayak juga akan lebih tinggi," kata Dr. Ainol Amriz Ismail.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI tu habaq AI lagi sesuai untuk kandungan human interest, pendidikan, gaya hidup, resipi atau permainan tradisional, tapi bagi berita pasai dasar kerajaan, isu semasa, sejarah dan ekonomi, dia kata orang ramai masih mahu tengok manusia sebenar buat kerja tu, bukan avatar AI. Hari terakhir, semua peserta buat projek AI Digital Storytelling guna pendekatan solo journalism dan mobile journalism (MoJo), lengkap dengan skrip, visual, audio sampai pembentangan akhir sebelum terima sijil.