Samsung dah lancar deretan telefon pintar lipat terbaharu depa - Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 sekali dengan Galaxy Z Flip8 - dalam satu majlis di London pada 22 Julai ni. Pelancaran ni jadi babak penting lagi dalam usaha Samsung nak buat peranti lipat yang bukan ja nampak canggih, tapi betui-betui senang nak pakai dalam kehidupan seharian.

Depa habaq ketiga-tiga model ni memang direka ikut cara orang guna telefon yang lain-lain. Galaxy Z Fold8 Ultra tumpu pada produktiviti maksimum dan buat kandungan, Galaxy Z Fold8 pulak sesuai untuk orang yang nak tengok kandungan lagi mendalam, manakala Galaxy Z Flip8 fokus pada interaksi pantas dan gaya sendiri. Lepas tujuh generasi Samsung kaji cara orang guna telefon lipat ni, depa dak nak bagi satu formula ja untuk semua orang - tiap-tiap model ada identiti dan sasaran pengguna sendiri sekarang.

"Apabila AI semakin berupaya bertindak bagi pihak pengguna, peranti mudah alih akan menjadi pintu masuk paling peribadi kepada pengalaman yang memahami dan menyesuaikan diri dengan setiap individu." kata TM Roh.

Galaxy Z Fold8 pulak beratnya ja 201 gram, jadi model Fold paling ringan Samsung pernah buat setakat ni. Walaupun ringan, dia ada Snapdragon 8 Elite Gen 5 sekali dengan bateri 4,800 mAh, jadi prestasi tetap power. Skrin dia guna teknologi baharu Flex Titanium yang bagi struktur lagi kukuh, kurangkan kesan lipatan skrin dan buat proses buka telefon tu rasa lagi licin.

Galaxy Z Fold8 Ultra pulak jadi model paling power dalam barisan ni, sesuai untuk orang yang kerja produktif atau buat kandungan sebab skrin utama dia lapan inci. Peranti ni ja setebal 4.1 milimeter bila dibuka dengan berat 215 gram, jadi reka bentuk Fold paling nipis Samsung pernah hasilkan, walaupun bateri dia lagi besar dan kamera dia bertaraf Ultra.