Qualcomm, salah satu syarikat pengeluar cip pemprosesan terkemuka untuk telefon pintar, dilaporkan tengah merancang nak naikkan harga cip pemprosesan depa tak lama lagi.
Menurut laporan, perubahan harga ni dijangka berlaku menjelang bulan September, dan bakal bagi kesan kepada industri telefon pintar secara meluas sebab Qualcomm antara pembekal cip utama untuk pelbagai jenama besar.
Setakat ni, belum ada pengesahan rasmi pasai berapa banyak kenaikan harga yang bakal dikenakan atau jenama mana yang bakal kena kesan paling besar. Peminat gajet kena tunggu perkembangan lanjut pasai isu ni.