ProppyApp bawa visi baru, Ekosistem Awan AI Dipercayai (Trusted AI Cloud Ecosystem), yang gabungkan kecerdasan buatan (AI), identiti digital dan infrastruktur digital selamat. Depa nak visi ni sokong pertumbuhan jangka panjang syarikat sekali dengan ekonomi digital Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif ProppyApp, Dr. Max Chen, cakap syarikat tu sasar bangunkan Awan AI Dipercayai yang dikuasakan teknologi proprietari, harta intelek, tanda dagangan berdaftar, dan integrasi dengan platform MyDigital ID kebangsaan.

"Perkara ini akan membolehkan kerajaan, perniagaan dan masyarakat beroperasi dengan lebih yakin, selamat dan saling berhubung dalam era AI." kata Dr. Max Chen.

Beliau habaq macam tu masa Pra-Pelancaran Sukuk ProppyApp, yang turut disempurnakan Pengerusi ProppyApp, Tunku Datuk Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar. Pengarah Eksekutif Tek Securities Limited, Datuk Prof. Dr. Hng Paik San, pulak cakap Sukuk main peranan penting sebagai instrumen strategik pasaran modal untuk perniagaan inovatif, sebab ia gabungkan tadbir urus Syariah yang kukuh, ketelusan, dan prinsip kemampanan.

Wakil Labuan Financial Services Authority, Jaafar Rihan, cakap teknologi cipta peluang baru, tapi kepercayaan tetap asas penting supaya pasaran boleh berkembang. Pengasas dan Ketua Arkitek ProppyApp, Lee Willson, ada perkenalkan konsep 'Kedaulatan Komersial' (Commercial Sovereignty) yang galakkan organisasi kekal pemilikan identiti digital, hubungan pelanggan, data dan keupayaan AI depa sendiri, dak payah bergantung penuh kat platform pihak ketiga.