Ramai orang Malaysia sekarang suka beli barang dapur secara borong bila ada promosi, lagi-lagi barang yang jimat elektrik tapi tahan lama. PRISM+ pun tangkap peluang tu dengan tambah barisan perkakas rumah depa menerusi siri peti sejuk PureFresh dan peti beku FreezeMaster, harga bermula serendah RM599.
Antara yang mencuri perhatian ialah PureFresh FDR 520, peti sejuk empat pintu berkapasiti 520 liter yang ada teknologi Negative Ion Generator dengan perlindungan anti-bakteria sehingga 99.99 peratus. Model ni diuji kat makmal lawan bakteria macam E. coli dan Staphylococcus aureus yang selalu dikaitkan dengan keracunan makanan.
Lagi satu, sistem Multi Zone Cooling, fungsi Quick Cool dan Quick Freeze, bersama teknologi No Frost serta Inverter Compressor tolong jaga makanan tetap segar sambil jimat penggunaan tenaga. Harga promosi bermula RM1,979 dengan jaminan kompresor sampai 12 tahun. Untuk rumah lebih kecil, PureFresh TMF 170 pulak tawarkan kapasiti 170 liter dalam saiz jimat ruang, penarafan tenaga 4 bintang, operasi senyap dan harga pra-tempahan RM599 ja.
PRISM+ pun perkenalkan siri FreezeMaster 260 dan FreezeMaster 390, sesuai untuk keluarga besar atau peniaga kecil yang perlukan ruang simpanan tambahan. Ciri menarik termasuk perlindungan makanan sampai 100 jam bila bekalan elektrik terputus, penarafan tenaga 4 bintang serta waranti kompresor 12 tahun.