Perplexity buat kejutan bila umum bidaan $34.5 bilion (dolar Amerika Syarikat) kat Google, nak ambik alih pelayar web Chrome yang popular tu. Tiada angin tiada ribut, bidaan ni terus jadi tumpuan dalam dunia teknologi.
Sampai sekarang, pihak Google belum bagi sebarang kenyataan rasmi pasai tawaran yang dibuat Perplexity tu. Cadangan ni datang dalam masa persaingan sengit dalam dunia teknologi AI dan pelayar web, dengan banyak syarikat cuba nak kukuhkan kedudukan depa dalam pasaran carian dan penyemakan imbas internet.
Buat masa ni, belum ada apa-apa habaq lanjut pasai sama ada Google akan pertimbang tawaran tu ke tak. Isu ni dijangka terus jadi tumpuan dalam industri teknologi memandangkan Chrome adalah salah satu pelayar web paling banyak digunakan di seluruh dunia.