NVIDIA umum penubuhan Open Secure AI Alliance, satu pakatan bersama beberapa syarikat teknologi terkemuka termasuk Adobe, CrowdStrike, Hugging Face dan Dell.

Pakatan ni ditubuhkan bagi membangunkan sekali dengan berkongsi alat keselamatan untuk teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pemain industri yang terlibat.

Penglibatan nama-nama besar teknologi macam NVIDIA, Adobe dan Dell dalam pakatan ni tunjuk isu keselamatan AI kini jadi keutamaan bersama dalam industri teknologi global.