JETOUR Malaysia dah lancar secara rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) baharu, JETOUR T2 i-DM. Kereta ni guna sistem hibrid Intelligent Dual-Mode (i-DM) yang gabung enjin hibrid khusus 1.5 liter TGDi, transmisi hibrid khusus tiga kelajuan dan sistem motor elektrik berkembar. Kuasa dia sampai 265kW dengan tork maksimum 610Nm.

Yang mungkin paling menarik pasai pengguna kat sini ialah jarak dia. JETOUR dakwa T2 i-DM boleh jalan sampai 1,200km kalau kira enjin dan elektrik sekali, manakala guna tenaga elektrik ja pun boleh cecah lebih 100km. Sesuai untuk depa yang selalu pi jauh antara negeri atau ke tempat yang pengecas susah nak jumpa.

"Malaysia merupakan pasaran penting dalam strategi global JETOUR. Seiring perubahan gaya hidup, kami melihat peningkatan minat terhadap kenderaan yang mampu memenuhi keperluan harian sambil memberikan kebebasan untuk meneroka lebih jauh." kata Ke Chuandeng, Presiden JETOUR International.

Tenaga elektrik disimpan dalam bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) 18.4kWh yang ada perlindungan air dan habuk bertaraf IP68. Ada sekali fungsi Vehicle-to-Load (V2L) sehingga 3.3kW, jadi masa berkhemah kereta ni boleh bagi bekalan elektrik kat peralatan luar yang serasi, selagi tak lebih had sistem.

Bab mengecas pula, pengecasan pantas DC sehingga 57kW boleh isi bateri dari 30 ke 80 peratus dalam 27 minit atau kurang. Guna wallbox AC 6.6kW, 30 sampai 100 peratus siap dalam tiga jam atau kurang, dan pengecas mudah alih AC 2.2kW ambik lebih kurang enam jam. Tapi masa sebenar tu boleh berubah ikut keadaan bateri, suhu dan peralatan yang digunakan.