Dalam panel "Online Safety by Design: Platform Accountability and Child Protection in an Age of User Vulnerability" sempena International Regulatory Conference (IRC) 2026, pakar habaq usaha jaga keselamatan kanak-kanak dalam talian dak boleh serah ja kat mak ayah. Wakil kerajaan, badan pengawal selia, badan antarabangsa dan industri yang sertai panel ni cakap ia patut jadi tanggungjawab sama-sama.
Menurut panel yang ada macam Eneng Faridah Iskandar (MCMC), Datuk Thiyagu Ganesan (Jabatan Perdana Menteri), Kamaruddin Abdul Rani (Kementerian Komunikasi), H.E. Danielle Heinecke (Pesuruhjaya Tinggi Australia), Dr. Farah Nini Dusuki (SUHAKAM), Saskia Blume (UNICEF Malaysia) dan Gurtaj Singh Padda (TuneTalk), platform digital patut buat macam industri lain — kalau produk depa bagi kesan buruk kat kanak-kanak, depa dak boleh lepas tangan ja.
Antara konsep utama yang dibincang ialah "Safety by Design", iaitu ciri keselamatan tu kena masuk sejak awal bila platform tengah dibina, dak payah tunggu masalah timbul baru nak betulkan. Malaysia sendiri pun dah ambik langkah lewat Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) yang tengok bukan ja kandungan berbahaya, tapi macam mana platform urus risiko dalam sistem depa sendiri.
Australia pulak jadi rujukan ramai negara sebab dah awal-awal perkenal langkah macam pengesahan umur pengguna dan tanggungjawab platform media sosial jaga golongan muda.
Lagi satu isu besar yang dibangkitkan ialah kecerdasan buatan (AI). Panel cakap kanak-kanak sekarang belajar guna AI cepat sangat, kadang-kadang lagi laju dari orang dewasa. Kalau dak ada kawalan dan garis panduan yang cukup, AI boleh bagi ruang kat pelbagai risiko macam maklumat palsu, kandungan dak sesuai, penipuan dan bahan yang sukar nak dikesan asal-usulnya.